Showing posts with label Cemerlang. Show all posts
Showing posts with label Cemerlang. Show all posts

Monday, March 1, 2010

sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009











Jutaan terima kasih kepada YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Hj. Nordin di atas kesudian menyampaikan Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 pada 27 Februari 2010 lalu di SK Pasir Gudang 4.

Terima kasih juga kepada Ybhg. Encik Supiandi bin Yusoff selaku wakil kepada Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang dan Encik Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar SK Pasir Gudang 4 serta semua guru-guru SK Pasir Gudang 4 yang membantu melancarkan lagi majlis ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan 247 orang pelajar Melayu/Bumiputera yang telah mengharumkan nama Parlimen Pasir Gudang dan hadir meraikan majlis.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini seperti Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Monday, November 2, 2009

Habuan Kepada 3 Terbaik SPM Pasir Gudang 2009


Pelajar SPM Terbaik : RM5,000
Pelajar SPM Ke-2 Terbaik : RM4,000
Pelajar SPM Ke-3 Terbaik : RM3,000
Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan habuan yang akan diberikan kepada calon SPM Terbaik 2009 peringkat Parlimen Pasir Gudang.
Nasihat beliau, habuan adalah ganjaran tetapi kejayaan mutlak adalah milik abadi mereka yang berusaha gigih mendapatkannya.
Harta akan habis tetapi ilmu kekal selamanya.
Good Luck

Sunday, October 25, 2009

Tips Hadapi Peperiksaan

Beberapa tips berguna dari Dr Tengku Asmadi Tengku Ahmad (Pakar Motivasi dan Pemilik MAP Training & Consultancy Sdn Bhd) untuk diamalkan oleh calon-calon peperiksaan.

(1) Bersikap Tenang :
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri bahawa kita boleh menjawabnya.

(2) Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat :
Semak sama ada kita memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

(3) Semak soalan tahun lalu (setiap subjek) :
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, kita tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

(4) Banyakkan pembelajaran secara output learning :
Di saat-saat akhir, kita seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman kita kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

(5) Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi :
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman kita terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong kita mengatasi bahagian subjek yang lemah.

(6) Nota ringkas :
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Kita boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

(7) Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya :
Biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

(8) Pemakanan berkhasiat dan seimbang :
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana kita mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

(9) Kawal emosi :
Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat kita akan menduduki peperiksaan. Elak menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

(10) Banyakkan berdoa dan bersolat :
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, kita perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya.

Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Semoga berjaya.

Thursday, May 14, 2009

Senarai Pelajar Cemerlang 8A PMR, 7A SPM, 4A STPM Sekolah2 Parlimen Pasir Gudang

Biro Pelajaran dan Kemahiran UMNO Bahagian Pasir Gudang mengucapkan TAHNIAH & SYABAS di atas pencapaian cemerlang semua pelajar berikut.

Senarai Pelajar Cemerlang PMR 2008 Sekolah-sekolah Dalam Parlimen Pasir Gudang

SMK TAMAN MOLEK
1 AZHIF EZZUDIN B. AMINUDIN (8A)
2 FATIN AMIRAH BT. MOHAMAD (8A)
3 LYDIA MARINI BT. ABDUL RAHIM (8A)
4 INDRA AMIRRUL B. AINI (8A)
5 MOHAMAD FIRDAUS B. MOHD MOKHTAR (8A)
6 NURSYAFEEQA BT. HUSSEIN (8A)

SMK PERMAS JAYA 2
1 NUR HASANAH BT. SAPIK (8A)
2 NUR SHAHIRAN BT. MOHD SHAH (8A)

SMK SERI ALAM 2
1 NURFARAHIN BT. KAMALUDIN (8A)

SMK DATO’ PENGGAWA TIMUR
1 AFIFAH BT. ABDUL RAZAK (8A)
2 AZREEN SHAHIRA BT. SHAMSU ADLI (8A)
3 HARTINI BT. OMAR (8A)
4 MOHAMAD HAFIZ B. ZULKIFLI (8A)
5 MOHD AKMAL B. SALAMON (8A)
6 NABILA BT. ISMAIL (8A)
7 NADJWA BT. ROSLI (8A)
8 NATASHA AMELIA BT. SAAIM (8A)
9 NOR AISYAH BT. SUHADI (8A)
10 NURHIDAYANTI BT. AMBRIZAL (8A)
11 NURAIN BT. ZAINALABIDIN (8A)
12 NURLIYANA HANIS BT. SUHAIMI (8A)
13 NURUL ANIS AMYLISA BT. JAAFAR (8A)
14 NURUL JANNAH BT. ZULKIFLI (8A)
15 SIRAIJ HARRIS B. IMAR (8A)
16 SITI AIYSYAH BT. TUMIN (8A)
17 MUHAMMAD AKMAL B. ZAHARUDIN (8A)
18 NUR FITRYANI BT. ASRAL (8A)
19 NUR IZZATI BT. SAPIEYI (8A)
20 NUR SAFWANA BT. SAIRAN (8A)
21 NURUL HADIRA BT. SHAHARUDIN (8A)
22 FARAH NADZIRAH BT. ISMAIL (8A)
23 NOR FARAHIN BT. MOHD KARIS (8A)
24 NURASYIKIN BT. ABU (8A)
25 NURUL ASHIKIN BT. SALEH (8A)
26 NORHAYATUL ISTIANA BT. ABU BAKAR (8A)
27 NURFADZILAH BT. MASRUDIN (8A)
28 NUR NADHIRAH BT. KAMARUDIN (8A)
29 SITI NUR IZZAIDAH BT. JUMALI (8A)
30 NURUL NUQAYAH BT. MAHADAN (8A)

SMK PASIR GUDANG 1
1 FATIN NABILAH BT. JALANI (9A)
2 HYAMIZATULHAWA BT. MOHAMED SALIHIN (9A)
3 NURUL FATNIN BT. HIZIR (9A)
4 FATIMAH HANIS BT. MOHAMMAD UZIR (8A)
5 AFIQAH FARHANAH BT. NOOR IZAN (8A)
6 NOR DIYANA BT. NOOR HISYAM (8A)
7 SYAQILA BT. YAZID (8A)
8 AMIRUL AMZAR B. HAIDEI (8A)
9 MOHAMAD ZAWIRAZHARI B. KAMISAN (8A)
10 NURFARAHIDA AZWANI BT. MOHD FAZILAH (8A)

SMK PASIR GUDANG 2
1 AZIRUL AZEEM BT. MAZRI (8A)
2 NUR SAFINAZ BT. MUKHTAR (8A)
3 NURUL HAZWANI BT. SAHAR (8A)
4 NADHRAH BT. MUSTAPHA KAMAL (8A)
5 NURUL HUDA BT. SANAT (8A)
6 SITI NURSHAHIRA BT. AZIMAN (8A)

SMK PASIR GUDANG 3
1 ALEM B. LAMIN (8A)
2 LUQMAN HAKIM B. ITHNIN (8A)
3 NUR AMALINA BT. KAMALUDIN (8A)
4 NUR FATINI BT. MOHD YUSOF (8A)
5 MUHAMAD HANAFI B. SALEHUDDIN (8A)



Senarai Pelajar Cemerlang SPM 2008 Sekolah-sekolah Dalam Parlimen Pasir Gudang

SMK TAMAN MOLEK
1 MOHAMAD ASHRAF B. ZULKAPLE (10A)
2 MOHAMAD IKHWAN B. SOFIAN (9A)
3 MOHAMAD FIRDAUS B. HARIS @ ARIS (7A)

SMK DATO’ PENGGAWA TIMUR
1 MOHAMAD ZULHILMI B. ABDUL HALIM (11 A1)
2 SITI RAHEE BT. MISKANI (10 A1, 1 A2)
3 MUHAMMAD AHRIF B. MD. DEWA (7 A1, 1 A2)

SMK PASIR GUDANG 1
1 SHUHAIDAH BT. SALEHIN (10A)
2 ATIKA BT. OMAR (8A)
3 MOHAMAD REDZUAN B. AHMAD JAKIL (7A)

SMK PASIR GUDANG 2
1 NADHRAH BT. MOHD ALI (11A)
2 NURUL HAZLINDA BT. JABAR (7A)

SMK PASIR GUDANG 3
1 MOHAMMAD ALIFF ASHRIQ B. MOHAMED ALI (9A)
2 AMIR FARHAN B. JAMALUDIN (7A)


Senarai Pelajar Cemerlang STPM 2008 Parlimen Pasir Gudang


SMK PASIR GUDANG 2
1 NUR NADIA BT. JOHARI (4A)



JUMLAH:
PMR 8A ke atas : 60
SPM 7A ke atas : 13
STPM 4A ke atas : 1




Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih ramai lagi pelajar cemerlang di Parlimen Pasir Gudang.