Showing posts with label Matlamat. Show all posts
Showing posts with label Matlamat. Show all posts

Thursday, November 27, 2008

Matlamat

1. Memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang mengutamakan soal-soal politik semata-mata tetapi juga amat mengambil berat tentang pendidikan dan kemahiran terhadap pelajar-pelajar dari berbagai peringkat umur tanpa mengira bangsa dan agama.

2. Membantu pelajar-pelajar tentang pelbagai teknik dan panduan untuk menjadi pelajar cemerlang melalui berbagai-berbagai jenis Seminar.

3. Memberi pendedahan tentang maklumat-maklumat terkini mengenai kursus-kursus jangkapendek yang diadakan oleh institusi kemahiran yang berdekatan, khususnya kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah.

4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang gagal dalam akademik mendapat peluang kemahiran melalui kursus-kursus jangkapendek di institusi berkenaan.

5. Bagi memastikan pelajar-pelajar lepasan sekolah tidak terdedah dengan gejala-gejala negatif, suatu pasukan sukarelawan remaja akan ditubuhkan yang berperanan membantu dalam apa jua kegiatan dan keperluan di bawah pemantauan Biro Pelajaran dan Kemahiran UMNO Pasir Gudang.