Saturday, July 25, 2009

Agenda Ke Arah Seratus Peratus Celik Huruf

Pendahuluan

� Pendidikan dan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara. Jumlah tenaga kerja yang terlatih, produktif dan komited adalah keperluan utama bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

� Menyedari pentingnya sumber manusia yang mahir dan berpengetahuan tinggi di dalam menjamin pembangunan negara, maka pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam bidang pendidikan khususnya bagi memastikan rakyat Malaysia mencapai 100 peratus celik huruf.

� Gambaran umum tentang pencapaian pendidikan bagi sesebuah negara selalunya berdasarkan kadar celik huruf.

Didapati selepas negara mencapai kemerdekaan, kadar celik huruf di Malaysia cuma 46.1peratus.

Namun, selaras dengan peningkatan perbelanjaan kerajaan, kadar celik huruf di Malaysia semakin meningkat seperti berikut:

Tahun - Kadar Celik Huruf

1957 - 46.1
1970 - 62.1
1980 - 72.0
1985 - 74.0
1990 - 78.0
1995 - 87.7
1999 - 89.7


Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia. Buletin Perangkaan Malaysia 1973/74. Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Am Banci Penduduk 1980,1990. Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi Pelbagai Tahun. UNDP, 1991

Usaha-Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan

� Kerajaan BN mengambil langkah dengan memesatkan lagi pembinaan sekolah tadika di seluruh negara bagi tujuan memberi pendidikan di peringkat awal kepada kanak-kanak.

� Meningkatkan jumlah tenaga pengajar yang berkemahiran dengan menambah latihan kepada tenaga pengajar, memberi biasiswa, dana dan lain-lain insentif.

� Membiayai perbelanjaan bagi golongan yang kurang berkemampuan di semua peringkat persekolahan dengan mewujudkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi memastikan tahap keciciran sifar mampu dizahirkan di Malaysia.

� Pelaksanaan pendidikan wajib di sekolah rendah mulai 1 Januari 2003 membolehkan semua kanak-kanak mendapat pendidikan asas secukupnya untuk menjadi warga negara yang berguna dalam kehidupan.

� Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia supaya menanam minat suka membaca kerana melalui amalan ini ianya dapat meningkatkan kadar celik huruf penduduk negara ini.

Kerajaan menjalankan usaha menarik minat rakyat dengan kerjasama media massa dan elektronik supaya penyampaian mesej diterima oleh semua peringkat masyarakat.

Kesimpulan

� Sekiranya Malaysia ingin bergerak seiring atau mencapai matlamat ke arah sebuah negara maju, kerajaan harus memastikan rakyatnya mencapai matlamat celik huruf seratus peratus.

� Rakyat yang celik huruf akan melahirkan masyarakat berilmu yang akan menyumbangkan kepada pembangunan dan peningkatan produktiviti negara.

Justeru, tindakan kerajaan meneruskan program ke arah celik huruf 100 peratus nyata akan memberi impak yang cukup bermakna kepada negara pada masa ini dan masa depan.

No comments: