Sunday, September 4, 2011

Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN



Di samping menyediakan pembiayaan pinjaman pendidikan, PTPTN juga menyediakan kemudahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) khusus kepada pelajar-pelajar baru IPTA yang layak sebelum pelajar mendaftarkan diri. Mulai tahun 2010, PTPTN telah meluaskan skop penyediaan kemudahan WPP kepada pelajar-pelajar yang ditwarkan ke Politeknik (program Diploma) di samping skop sedia ada untuk pelajar-pelajar yang ditawarkan tempat di IPTA.


Dasar pemberian WPP yang mula dilaksanakan pada tahun 1999 adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar membuat persediaan awal untuk memasuki IPTA dan sekali gus meringankan bebas kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa. Kelayakan mendapat WPP adalah seperti berikut:-


i. Warganegara Malaysia

ii. Pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM4,000

iii. Tidak pernah menerima WPP atau pembiayaan pendidikan PTPTN

iv. Memaklumkan bahawa memerlukan WPP semasa membuat permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik melalui UPU


WPP ini diberi kepada pelajar-pelajar yang layak melalui waran CIMB Bank bernilai RM1,500 yang mempunyai tempoh sah laku selama sebulan daripada tarikh yang dicatatkan pada waran. Pelajar-pelajar boleh menunaikan waran ini di mana-mana cawangan CIMB Bank sahaja. Penunaian HANYA dibuat di kaunter bank dan tidak boleh dimasukkan melalui mesin deposit cek. Pelajar perlu mengemukakan kad pengenalan sewaktu menunaikan waran ini.


Bagi pelajar-pelajar yang diluluskan pembiayaan pendidikan oleh PTPTN, WPP yang ditunaikan ini akan ditolak (sebanyak RM500 setiap semester) semasa pengeluaran pembiayaan dibuat. Manakala bagi pelajar-pelajar yang tidak memohon pinjaman pendidikan PTPTN hendaklah membuat penyelesaian penuh secara sekali gus seperti yang telah ditetapkan.



1 comment:

fatihah said...

sy pelajar lepasan asasi uiam dan bkal melanjutkan degree bln 9 ni juga di uiam,,sy juz nk tnye adakah pelajar lepasan asasi uiam akan dpt wang pendahuluan yg rm1500 tu sblm msok degree sbb pelajar lepasan asasi xperlu isi upu kalau nk smbung belajar kt u yg sama,,,adakah yg isi upu je dpt wang pendahuluan pembiayaan tu? mohon penjelasan..