Thursday, December 10, 2009

Perubahan Kepimpinan Biro Pelajaran & Kemahiran UMNO Bahagian Pasir Gudang

Salam kepada semua,

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 4 Disember 2009 lalu telah memutuskan rombakan kepada beberapa buah biro bagi memantapkan lagi gerakerja menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Salah satu biro yang terbabit adalah Biro Pelajaran dan Kemahiran. Mulai 5 Disember 2009, Pengerusi Biro Pelajaran dan Kemahiran adalah Tuan Haji Ahmad bin Daud. Saudara Mohd Khatim bin Othman pula kembali ke biro lamanya iaitu Biro Latihan.

Bagi pihak biro, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Mohd Khatim dan selamat bertugas kepada Tuan Haji Ahmad.


p/s semoga Sdr. Mohd Khatim tabah hadapi dugaan Tuhan apabila puteri kesayangan dimasukkan kembali ke Unit Rawatan Rapi semalam.

No comments: