Monday, July 13, 2009

PROGRAM PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT MSU/PTPL – UTUSAN MALAYSIA

Ruj. Kami : UBPG/BPDK/09-07/18
Tarikh : 13 Julai 2009

YB ADUN Kawasan Johor Jaya
YB ADUN Kawasan Permas
YB/Datuk/Tuan/Puan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib, Pegawai dan AJK
Tuan/Puan Ketua-ketua UMNO Cawangan, Timbalan, Naib, Pegawai dan AJK
Tuan/Puan Pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional
dalam Bahagian Pasir Gudang

YB/Datuk/Tuan/Puan,

PROGRAM PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT MSU/PTPL – UTUSAN MALAYSIA

Adalah saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas, menjemput dan mempersilakan YB/Tuan/Puan hadir beramai-ramai ke majlis yang tersebut di atas pada ketetapan berikut:-

Tarikh : Ahad, 19 Julai 2009
Tempat : Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang

2. YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi akan merasmikan program tersebut. Berikut adalah aturcara majlis untuk panduan YB/Datuk/Tuan/Puan.

7.30 – 8.00 pg : Senam Seni di Perkarangan Atrium Kompleks Pusat Bandar
8.30 – 10.30 pg : Seminar ADaP Utusan Malaysia (UPSR) di SMK Pasir Gudang 2
11.00 – 1.00 ptg: Kuiz Kaunseling dan Kerjaya Sekolah Menengah di Atrium
2.00 – 3.30 ptg : Majlis Perasmian dan Penyerahan Peruntukan Menteri
4.00 – 5.00 ptg : Taklimat MSU dan Ceramah Kerjaya
** Temuduga Terbuka Bagi Kemasukan Program dan Pameran Diadakan Sepanjang Hari

3. Sehubungan dengan itu, dapatlah kiranya YB/Datuk/Tuan/Puan menghebahkan perkara ini serta hadir beramai-ramai.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,


NORWATI BINTI ABDUL MANAF
(013-7878758)
Setiausaha Biro Pelajaran dan Kemahiran
UMNO Bahagian Pasir Gudang

s.k. YB Dato’ Seri Mohamed Khaled b. Nordin, Ketua UMNO Bahagian
Prof. Dato’ Wira Mohd Shukri b. Ab. Yajid, Presiden Management Science Univ.
Mohd Khatim b. Othman, Pengerusi Biro

No comments: