
SK Tmn Rinting 2 - Para pelajar perlu menggunakan bahan-bahan rujukan berkualiti termasuk memanfaatkan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) Utusan Malaysia bagi melonjakkan lagi pencapaian akademik.
Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana akhbar itu bukan sahaja mendedahkan mereka kepada maklumat terkini dan isu semasa tetapi menyediakan sisipan yang kandungannya mampu mengukuhkan lagi penguasaan pelajaran. “Selain itu, pembacaan akhbar itu bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan am bahkan mengasah pemikiran, keupayaan berfikir dan sekali gus mengelakkan mereka ketinggalan zaman daripada maklumat terkini,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SMK) Taman Rinting 2 di sini hari ini.
Pada majlis itu, Dato’Seri Khaled menyerahkan penajaan sebanyak 24,000 naskhah Utusan Malaysia kepada 10 buah sekolah kebangsaan dan lima buah sekolah menengah kebangsaan di Parlimen Pasir Gudang. Menerusi penajaan itu, setiap sekolah akan menerima 25 naskhah Utusan Malaysia setiap hari mulai Isnin hingga Khamis yang mengandungi Utusan Melayu Mingguan, ADaP Sekolah Rendah, ADaP Sekolah Menengah dan e-Lab.
Pada majlis itu juga, Dato’Seri Khaled menyerahkan bantuan berjumlah RM15,000 kepada SMK Taman Rinting 2 kerana kecemerlangan prestasinya dalam peperiksaan utama baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment